Patterned Text Generator at TextSpace.net

Rabu, 25 Julai 2012

Happy..lesen dh dpt

 
alhamdulillah..smue masalah sya slama ni dh pun berakhir..25/7/2012 merupakan tarikh yg ditunggu-tunggu..
sya dh pun lulus ujian JPJ n dh mendapat lesen memandu..dan ayah dah pun memberi green light at sya tuk
memandu at jln raya time nak blik umah nenek..happy rasa nye terasa nikmat yg ad time bwak kereta..
dalam masa yg sma takot n mengerikan time bwak kereta tu...ye la selama ni  time bjar ckg ad at sbelahn ad brek amejensi at tempat dduk sebelah..so lau ad ap2 berlaku xperlu takoot..
bersyukur sgt2 dh dpt lesen..walaupon sya lambat dpt lesen dri kwan2 sya yg lain yg sama masa bjar kereta tempoh ari..tapi biar la jjie dlm usia yg muda ni sya dah ad lesen..ayah n ibu pun happy sya dah ad lesen..kata ibu snang sikit lau ibu nk g shopping nanti sbb sya leh bwak..sya n ibu mmg suka sgt shopping..so pas ni anytime je iteorg leh g xyah la nk tunggu ayah yg bwak..hehe
kwan2 at tempat kje pun happy sbb pas ni iteorg leh la kuar jln,mkn ramai2..
dah terasa nikmat nye dh ad lesen..org ckp ite ukan nye nk gebang2 yg ite dah ad lesen..scuma nk kongsi kegembiraan dpt lesen di usia 18thun ni..pas ni lau blik kje x la trus blik umah..ite enjoy dlu lpas kn tension..
yasni pas ni lau boring je ite kuar jln2 eh..sya sdia jadi driver awak..n my sweetheart awk pun sama lau nk g mana2 nanti sya antar kan..ti leh la ite uka pose n kuar dating sama2..

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadhan datang lagi..


diam tak diam dah nak puasa..esok 21/7/2012 bermula nya ramahdan yg ditunggu2 umat islam sebelom menyambut hari perayaan..erm..yg happy nya setiap tahun naqiah dapat puasa penuh.. 
Alhamdulilah ..terima kasih kepada Allah swt sbb bagi naqiah bonus tuk puasa penuh setiap tahun..harap2 tahun ni naqiah dpat puasa penuh seperti tahun2 yg lepas..bukan nya naqiah malas nak ganti puasa tapi naqiah memang kena puasa jugak lau xleh puasa...so naqiah happy sbb xyah la nak kena ganti puasa..kepada rakan2 blog, n yg mengenali diri naqiah..Selamat menyambut kedatangan bulan ramadhan naqiah harap segala amalan yg dilakukan sepanjang bulan yg mulia ni diberkati Allah Swt..Amin.
Puasa jangan x puasa..hehe



Khamis, 19 Julai 2012

Kenapa dengan Cinta pertama..???


heart-dan-cinta
Cinta pertama adalah satu anugerah dari Allah yang tidak dapat kita rasai buat kali kedua, ketiga dan keempat. Ianya datang hanya sekali seumur hidup di dalam kehidupan insan bernama manusia. Satu perasaan yang sangat indah yang pertama kali dirasai oleh insan. Itulah cinta pertama.

Namun ramai yang gagal dalam cinta pertama kerana kurangnya pengalaman dalam cinta.erm mcm naqiah la yg gagal dlm cinta pertama ni..cinta pertama yg bermula dari darjah 3 berakhir sampai darjah 6.. Pengalaman yang mengajar kita erti cinta dan cinta yang hadir itu perlu dijaga dan disuburi dengan penuh keikhlasan. Ramai yang beranggapan cinta pertama adalah sebuah cinta yang sangat ikhlas dan jujur jika dibandingkan dengan cinta kedua, ketiga dan seterusnya.

Beruntunglah sesiapa yang mempunyai cinta pertama dan terakhir kerana cinta itu adalah sesuatu cinta yang susah untuk dimiliki. Bukan senang mendapatkan sesuatu yang pertama dan terakhir. Hanya kesabaran dan kejujuran yang dapat mengekalkan cinta pertama itu sebagai cinta terakhir.Mudah-mudahan jodoh yg ditentukan oleh Allah swt menjadi jodoh dan cinta kita sampai ke syurga hendak nya..

Khamis, 5 Julai 2012

Antara saya,coklat & dia



erm..happy2..smakin hari smakin happy rasa nye..smakin hari smakin terasa sangat diri ni dihargai..
dah nk masok 7bln sya keje at TFI..dan nk masok 4bln juga rahsia yg dsimpan sya n capital..
erm..xtau la rahsia yg iteorg simpan slama ni dh diketahui umum ke x...tapi rasa nye smakin ari smakin bocor rahsia iteorg ni dan org2 yg mengenali iteorg je yg akan mengerti pe rahsia yg iteorg sorok slama ni..erm..mesti smua tertanya2 kn knapa la sya letak gambar coklat at atas ni..banyak rahsia nye..
kalau nk tahu kna la baca sampai habis ye..hehe..ari ni naqiah dh dpt 1rahsia mcm mne nk mintak tlg dkat org tu,ala si die tu dgn umpan die dgn COKLAT..rupa nye si die tu pun suka mkn coklat..ari ni naqiah mmg bawa coklat sbb beberapa ari ni mmg teringin sgt nk mkn coklat..n si die tu pun mintak la sikit coklat yg naqiah mkn ni..erm..coklat mhal tau CADBURY lgi..hehe..nk cete lagi ni, sejak akhir2 ni kilang TFI dh wat duty kje iteorg..setiap ari iteorg kne wat kje masing2 mengikut jadual yg dtetapkan..
minggu ni naqiah n makcik Sara kene sapu sampah n rakan2 yg lain wat kje masing2 mengikut jadual yg dtetapkn..erm..ok la tu keje yg dberi tu..tpi yg naqiah fobia sgt bila turn naqiah kne buang sampah sorang2..pergh..xboleh nk terima popuan kne buang sampah..at umah pun naqiah xpnah buang sampah at tong besar luar umah..slama ni adik je yg g buang,,ni ah at kilang pula ite kne buang..erm..
tpi naqiah dh ckp gan Amin nanti time naqiah kne buang sampah,mintak die tlg buang kn..die diam je n senyum em..xtau la die setuju nk tlg ke x..n bak kata makcik Zizah snang je nak suruh Amin tlg naqiah..
naqiah kne sogok die dgn coklat sbb die suka mkn coklat..erm..tpi time die tlg naqiah tu dh puasa..n cik zizah ckp sogok die dgn coklat p 1syarat time buka puasa je Amin leh makan..hehe..nama pun bln puasa mesti mkn time b'buka kn..erm..naqiah harap sgt2 Amin akan tlg..pasal coklat ni xde hal nye..Coklat sllu je bersama naqiah dmana sje naqiah berada sbb Coklat merupakan Jantung ati naqiah..hehe..

best sgt lau citarasa antara ite n die sama kn..


berkasih @ bersahabat saja..erm boleh ke??


Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja? Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.
Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.
Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.
Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?
Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.
Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.
Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan. 
Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah..